Setelah sentimen pasaran diredakan dengan perkembangan acara-acara di hujung minggu lalu, US dolar telah memulakan dagangan pembukaan awal minggu dengan suram.
Penyusutan nilai sederhana dipaparkan yang dipengaruhi sentimen risk-off pasaran apabila ketegangan perang dagang antara Amerika Syarikat (AS) dan China mula nampak reda.
Perbincangan yang berlaku antara dua negara itu di acara Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur dijangka akan dimuktamadkan oleh kedua-dua pemimpin pada penghujung minggu ini di Korea Selatan.
Tarikan terhadap mata wang safe-haven US dolar mula pudar ketika sentimen pasaran pulih yang kembali meningkatkan keyakinan para pelabur.
Selain itu, petunjuk inflasi AS pada data yang diterbitkan minggu lepas menyokong jangkaan untuk bank pusat melanjutkan pelonggaran dasar monetari pada mesyuarat FOMC terbaru.
Federal Reserve (Fed) yang telah memulakan pemotongan kadar faedah pertama tahun ini pada mesyuarat September lalu dijangka akan meneruskan tindakan sama pada baki dua lagi mesyuarat di penutup 2025 ini.
Selain Fed, beberapa lagi bank pusat termasuk Bank of Canada (BOC), Bank of Japan (BOJ) dan European Central Bank (ECB) turut akan mengumumkan kadar faedah masing-masing pada mesyuarat minggu ini.
Pelabur perlu bersedia menjangkakan risiko pasaran yang bergelora untuk dagangan minggu terakhir bagi bulan Oktober.
















































