Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) mencatatkan peningkatan positif pada sesi dagangan Rabu dengan indeks S&P 500 ditutup pada paras tertinggi.
Indeks pertumbuhan S&P 500 meningkat 0.8%, manakala indeks nilai (IVX) dilaporkan kekal stabil.
Purata indeks Dow Jones meningkat 0.16% kepada 79.73 mata, S&P 500 melonjak 0.46% kepada 31.30 mata, manakala Nasdaq yang berfokus kepada sektor teknologi mengukuh 0.57% kepada 133.02 mata.
Perkembangan ini disokong oleh data ekonomi AS yang positif, terutamanya pertumbuhan ekonomi kukuh yang memacu kenaikan hasil bon dan pertumbuhan ekonomi AS.
Menurut Jabatan Perdagangan AS, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat pada kadar tahunan sebanyak 4.3% bagi suku ketiga tahun ini.
Kadar tersebut merupakan pertumbuhan terpantas sejak suku ketiga 2023, sekali gus mengatasi jangkaan pakar ekonomi sebanyak 3.3%. Prestasi itu didorong oleh perbelanjaan pengguna yang lebih kukuh.
Walaupun data ekonomi terkini tertangguh akibat penutupan kerajaan selama 43 hari, kebanyakan penganalisis menjangkakan pertumbuhan ekonomi akan mula perlahan pada suku keempat.
Menurut FedWatch CME, pasaran kini menilai peluang lebih rendah untuk pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) pada Januari tahun hadapan susulan peningkatan hasil bon jangka pendek.
Sementara itu, saham kecerdasan buatan (AI) mencatatkan pulangan positif selepas mengalami jualan besar-besaran minggu lalu akibat kebimbangan penilaian yang tinggi, serta impak perbelanjaan modal besar terhadap keuntungan syarikat AI.
Saham Nvidia meningkat 3%, sekali gus menjadi penyumbang terbesar kepada kenaikan S&P 500.
Saham Amazon.com, Alphabet dan Broadcom pula masing-masing mencatat kenaikan lebih 1%.
Bagaimanapun, data ekonomi lain menunjukkan prestasi kurang memberangsangkan apabila keyakinan pengguna AS menurun pada Disember susulan kebimbangan terhadap pekerjaan dan pendapatan.

























































