Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Saham Amerika Syarikat (AS) ditutup lebih tinggi pada sesi dagangan Jumaat apabila indeks S&P 500 dan Dow Jones mencapai paras penutupan tertinggi selepas cuti Hari Natal di Washington.
Indeks Dow Jones meningkat 0.60% kepada 28,875 mata, S&P 500 naik 0.32% kepada 3,822 mata. Nasdaq Composite mengukuh 0.22% kepada 11,546 mata.
Kenaikan itu disokong oleh pemulihan harga dalam saham kecerdasan buatan (AI) selepas mengalami jualan besar-besaran minggu lalu akibat kebimbangan terhadap penilaian terlalu tinggi, serta perbelanjaan modal yang dikuatiri menjejaskan keuntungan.
Sementara itu, saham Nike melonjak 4.6% selepas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Tim Cook yang juga merupakan pengarah bebas utama Nike dilaporkan membeli saham syarikat pakaian sukan tersebut bernilai kira-kira $3 juta.
Sebaliknya, saham Intel merosot 0.5% susulan laporan bahawa selepas Nvidia telah menghentikan ujian pengeluaran cip menggunakan teknologi proses 18A milik Intel.
Dalam pada itu, data tuntutan pengangguran awal mencatatkan penurunan, sekali gus mewujudkan harapan bahawa Federal Reserve (Fed) mungkin akan mempertimbangkan pelarasan dalam keputusan kadar faedah.
Pelabur kini memberi tumpuan kepada data ekonomi terkini bagi menilai prospek pendapatan tahun hadapan selepas Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) merekodkan pertumbuhan tertinggi dalam tempoh dua tahun dan mengatasi jangkaan pasaran.























































