Saham Amerika Syarikat (AS) mencatatkan peningkatan apabila S&P 500 dan Nasdaq Composite mencapai paras tertinggi baharu, disokong oleh unjuran positif Delta Airlines serta penutupan rekod saham Nvidia.
Saham Delta meningkat 12% selepas syarikat itu mengunjurkan keuntungan bagi suku ketiga dan sepanjang tahun melebihi jangkaan Wall Street. Sektor penerbangan pula melonjak, dengan United Airlines menokok 14.3% dan American Airlines mengukuh 12.7%.
Nvidia merekodkan kenaikan saham sebanyak 0.7% dan pencapaian penilaian melebihi $4 trilion buat kali pertama, sekaligus menjadikannya antara penyumbang utama kepada indeks S&P 500.
Purata indeks utama Dow Jones mencanak 0.43% kepada 192.34 mata, S&P 500 melebar 0.27% kepada 17.20 mata, manakala Nasdaq berfokus kepada industri teknologi meluas 0.09% kepada 19.33 mata.
Sembilan daripada 11 sektor utama dalam S&P mencatatkan lonjakan. Walau bagaimanapun, sektor komunikasi menyusut hampir 0.5% manakala sektor teknologi menurun 0.1%.
Dalam perkembangan lain, minit mesyuarat Federal Reserve (Fed) turut menunjukkan majoriti pembuat dasar meramalkan pemotongan kadar faedah akan berlaku tahun ini. Namun, Presiden Fed, St. Louis menyatakan kesan tarif hanya ketara menjelang 2026.
Sementara itu, tuntutan pengangguran awal juga menurun kepada 227,000 dan terendah dalam tempoh tujuh minggu, meskipun minggu cuti sering mencatat data tidak menentu.
Jumlah dagangan di bursa AS merekodkan $18.16 bilion berbanding purata $18.31 bilion selama dua hari dagangan penuh.
Untuk fahami lebih mendalam situasi pergerakan pasaran saham global dan faktor-faktor yang mempengaruhinya, jom sertai komuniti HUSTLE24HOUR Familia dengan ahli-ahli aktif mengadakan perbincangan setiap hari. KLIK LINK UNTUK SERTAI!