Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) terus cemerlang dengan S&P 500 dan Nasdaq ditutup pada paras tertinggi, disokong oleh harapan perjanjian perdagangan dan jangkaan pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed).
Sentimen pasaran memberangsangkan ini turut didorong oleh data ekonomi AS yang menyokong pelonggaran dasar monetari.
Meskipun pasaran terjejas akibat tindakan Presiden AS Donald Trump menamatkan rundingan perdagangan dengan Kanada sebagai reaksi terhadap cukai digital ke atas syarikat teknologi, ketiga-tiga indeks utama masih mencatatkan kenaikan mingguan.
Selanjutnya, Nasdaq pula mengesahkan kemasukan dalam fasa pasaran mencanak selepas merekodkan bacaan terendah pada 8 April lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Horizon Investment Services, Chuck Carlson menggambarkan pasaran sebagai kukuh dan stabil, sambil menyatakan bahawa para pelabur kini enggan ketinggalan untuk terlepas peluang dalam lonjakan ini.
Laporan Jabatan Perdagangan menunjukkan pendapatan dan perbelanjaan pengguna menyusut pada Mei, namun inflasi kekal melebihi sasaran 2% Fed. Pasaran kini menjangkakan 76% kebarangkalian penurunan kadar faedah pada September.
Hubungan Washington dan Beijing bersifat sistematik selepas kedua-dua pihak bersetuju mempercepat penghantaran nadir bumi dari China ke AS, sekaligus menenangkan kebimbangan terhadap ketegangan tarif.
Dari sudut prestasi syarikat, saham Micron melonjak selepas unjuran positif dalam sektor cip, Nvidia mengukuh 1.8% hampir mencapai $4 trilion manakala Nike pula melebar 15.2% selepas jangkaan penurunan hasil suku pertama lebih kecil.
Tambahan pula, indeks Dow Jones mencanak 1.00% kepada 432.43 mata, S&P 500 menokok 0.52% kepada 32.05 mata, manakala Nasdaq berfokus kepada industri teknologi pula mengukuh 0.52% kepada 105.55 mata.
Kenaikan tersebut mencerminkan keyakinan pelabur terhadap landskap ekonomi dan potensi pertumbuhan teknologi menjadikan pasaran AS sebagai tumpuan global ketika ini.
Jumlah dagangan bursa AS merekodkan $22.07 bilion berbanding purata $18.27 bilion selama 20 hari dagangan penuh.
Untuk fahami lebih mendalam situasi pergerakan pasaran saham global dan faktor-faktor yang mempengaruhinya, jom sertai komuniti HUSTLE24HOUR Familia dengan ahli-ahli aktif mengadakan perbincangan setiap hari. KLIK LINK UNTUK SERTAI!