China telah menuduh Taiwan cuba menjual industri semikonduktornya kepada Amerika Syarikat sebagai pertukaran untuk sokongan politik.
Seorang pegawai China, Zhu Fenglian, mendakwa kerajaan Taiwan menggunakan industri cipnya untuk kukuhkan lagi hubungan dengan Washington.
Terdapat laporan bahawa pembuat cip terkemuka Taiwan, TSMC, sedang berbincang tentang pelaburan dalam Intel.
Walau bagaimanapun, kedua-dua syarikat tidak mengesahkan berita ini, dan kerajaan Taiwan mengatakan ia tidak menerima sebarang permintaan pelaburan daripada TSMC.
China memberi amaran bahawa TSMC boleh menjadi “United States Semiconductor Manufacturing Co.” dan menuduh Taiwan “menjual” perniagaannya.
Namun tuduhan tersebut disangkal oleh kerajaan Taiwan dan menegaskan bahawa TSMC merupakan syarikat penting bagi Taiwan dan terus akan menjadi entiti penting dalam industri teknologi semikonduktor.