Pemberian tol percuma untuk musim perayaan oleh kerajaan berakhir pada tahun 2024 dan tidak akan diteruskan lagi untuk tahun mendatang.
Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, tindakan ini adalah selaras dengan penyelarasan subsidi bersasar dan mengurangkan beban kewangan kepada kerajaan.
Untuk rekod, kerajaan membayar RM38 juta kepada syarikat tol bagi pengecualian tol yang dilaksanakan bersempena dengan hari Krismas pada tahun lepas.
Beliau juga menegaskan kerajaan akan menggantikan pemberian tol percuma dengan pendekatan lain yang bersasar.
Pendekatan itu masih lagi dalam perbincangan dan akan diumumkan kemudian dalam masa terdekat.
Namun, beliau juga tidak menolak kemungkinan jika kerajaan ingin membuat pengecualian tol di masa hadapan, tetapi untuk masa sekarang kabinet telah bersetuju untuk memberhentikan tol percuma pada musim perayaan.