Malaysia kekal komited untuk memperkukuhkan hubungan dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pelaburan bersama negara BRICS, khususnya dalam memanfaatkan potensi besar teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk pembangunan inklusif.
Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ekonomi digital ASEAN dijangka mencecah $2 trilion menjelang 2030 dan Malaysia tidak boleh ketinggalan dalam merebut peluang ini.
Katanya, mesyuarat bersama rakan dagang dan pemimpin BRICS membuka peluang besar kepada syarikat Malaysia untuk meneroka pasaran baharu dalam sektor berorientasikan masa depan.
MITI juga akan terus menyokong syarikat tempatan agar berani mengambil langkah ke hadapan dan menembusi pasaran luar.
Beliau juga menegaskan komitmen Malaysia untuk memperkukuh sistem perdagangan global yang berasaskan peraturan dan bersifat inklusif.
Tengku Zafrul merupakan sebahagian daripada delegasi Malaysia yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 yang dihoskan oleh Brazil.
Sebelum ini, Presiden Donald Trump memberi bayangan untuk mengenakan tarif lebih tinggi terhadap negara-negara BRICS sebagai sebahagian daripada pendekatan ekonomi ‘America First’ yang menekankan perlindungan industri tempatan. – Bernama
Pasaran bergerak pantas, peluang terbaik datangnya daripada mereka yang bersedia. Anda tak nak terlepas? Rebut peluang untuk sertai program HUSTLE24HOUR untuk tingkatkan level anda dalam trading selepas ini. KLIK LINK UNTUK JOIN H24H!