Kerajaan AS merancang untuk mengenakan tarif 25% ke atas import dari Kanada dan Mexico Sabtu ini, dengan kemungkinan mengecualikan minyak yang masih dalam perbincangan.
Presiden Donald Trump mencadangkan bahawa faktor seperti harga pasaran dan hubungan perdagangan akan mempengaruhi keputusan muktamad.
Tarif ini adalah sebahagian daripada usaha untuk menangani ‘illegal imigrants’ dan kemasukan bahan berbahaya ke dalam negara.
Trump membayangkan bahawa peratusan boleh meningkat atau diubah suai dari semasa ke semasa bergantung kepada keadaan.
Menurut Trump terdapat juga perbincangan memperkenalkan tarif baharu ke atas barangan dari China yang bertujuan mengekang eksport haram berkaitan ‘fentanyl’ dari China ke AS.
China sebelum ini bersetuju untuk mengekang eksport tersebut semasa rundingan antara dua belah pihak semasa pemerintahan Biden, namun pada masa yang sama mereka juga menyatakan AS perlu menangani permintaan dalamannya untuk bahan terlarang dengan menambah baik program pemulihan, langkah penguatkuasaan dan kempen kesedaran awam.