Trump menggegarkan dunia dengan pemotongan bantuan asing terbesar dalam sejarah.
Jutaan nyawa di ambang bahaya selepas Trump menghapuskan hampir 92% dana USAID bernilai $60 bilion.
Pembekuan selama 90 hari ini bertujuan untuk menilai semula keselarasan terhadap dasar ‘America First’, dengan fokus khusus pada program berkaitan pengguguran, kepelbagaian, dan perancangan keluarga.
Namun, seorang hakim persekutuan menghalang keputusan ini menyifatkannya sebagai penyalahgunaan kuasa.
Walaupun begitu, Setiausaha Negara Marco Rubio mengesahkan hanya 500 program akan kekal, tertumpu kepada bantuan makanan dan kawalan penyakit, manakala 4,100 geran bernilai $4.4 bilion akan dimansuhkan.
Organisasi bantuan memberi amaran tentang krisis makanan, wabak penyakit, dan ketidakstabilan global, sementara Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menegaskan pemotongan ini akan menjadikan dunia kurang selamat, kurang sihat, dan kurang makmur.
Dengan pemotongan ini, adakah Amerika benar-benar lebih kuat atau hanya meninggalkan dunia dalam kekacauan?