Donald Trump telah mengumumkan bahawa beliau meneruskan penghantaran bom seberat 2,000 paun kepada Israel, setelah disekat oleh Biden.
Penghantaran tersebut diteruskan atas alasan bahawa Israel telah membayar untuk bom tersebut dan mempunyai hak untuk mendapatkan apa yang dibayarnya.
Biden sebelum ini menangguhkan penghantaran kerana bimbang bom sebesar itu boleh menyebabkan kemudaratan serius kepada orang awam di kawasan sesak seperti Gaza, terutama di Rafah.
Bom-bom ini direka untuk menembusi bahan yang kuat dan menyebabkan kerosakan yang serius.
Pada masa yang sama beberapa bekalan tentera lain, yang telah ditahan semasa penggal Biden juga akan diteruskan penghantaran.
Untuk rekod, Amerika Syarikat (AS) telah memberikan Israel sokongan kewangan dan ketenteraan yang signifikan sejak konflik bermula.
Sementara itu, pengkritik terus membantah, menggesa penghantaran senjata ke Israel dihentikan serta-merta, namun sokongan pegawai AS terhadap pertahanan negara Israel tetap teguh.