Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan bermula 1 Oktober, semua produk farmaseutikal yang dipatenkan akan berdepan tarif 100%, melainkan firma farmaseutikal yang dibina dan mengeluarkan produk di Amerika.
Langkah itu dilihat sebagai usaha keras untuk melindungi industri farmaseutikal domestik dan memaksa syarikat luar agar memindahkan operasi mereka ke dalam negara.
Pihak industri dan negara pengeksport mengkritik bahawa tarif setinggi itu boleh meningkatkan kos ubat secara mendadak, menyebabkan gangguan bekalan serta meruntuhkan keyakinan pelaburan antarabangsa.
Pasaran kewangan juga bertindak balas segera dengan lonjakan dalam kadar pulangan bon dan penurunan saham sektor farmaseutikal global sebagai tanda kebimbangan terhadap kesan gangguan rantaian bekalan ubat.
Dalam kenyataan berikutnya, Trump menegaskan bahawa tindakan ini akan “memulihkan kedaulatan” dan “mengenakan keadilan dalam perdagangan dunia,” menimbulkan gelombang kebimbangan sama ada ini petanda perang tarif baru yang lebih keras.
Selain itu juga, Trump turut mengenakan tarif 50% ke atas kabinet dapur, perabot bilik mandi dan produk berkaitan, dan juga tarif 25% untuk trak yang akan berkuatkuasa pada tarikh yang sama.