Pada minggu ini, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan mengumumkan kadar tarif terhadap semikonduktor import yang akan melibatkan kelonggaran terhadap beberapa syarikat dalam sektor itu.
Pelaksanaan kadar tarif ini diumumkan adalah untuk menetapkan semula perdagangan dalam sektor semikonduktor.
Seterusnya, dengan mengenakan tarif ke atas semikonduktor import terutama dari negara seperti China dikatakan boleh melindungi pengeluar cip tempatan daripada persaingan harga yang tidak adil.
Bagaimanapun Trump turut enggan mengesahkan sama ada produk elektronik seperti telefon bimbit akan dikecualikan daripada tarif ini, sebaliknya menyatakan bahawa ‘anda perlu menunjukkan fleksibiliti’.
Menurut Setiausaha Perdagangan Trump, Howard Lutnick berkata produk teknologi dari China akan dikenakan tarif baru sebagai sebahagian pendekatan perdagangan agresif pentadbiran Trump.
Trump akan menggubal tarif tumpuan khas terhadap produk elektronik dalam tempoh sebulan, di samping semikonduktor dan farmaseutikal.
Sebagai tindak balas terhadap AS, China mengumumkan akan menaikkan tarif terhadap produk AS sebanyak 125%, sekali gus meningkatkan ketegangan dalam perang dagangan antara dua kuasa besar ini.
Pengasas billionaire dan pelabur terkemuka, Ray Dalio melahirkan kebimbangan terhadap langkah tersebut yang menyatakan ekonomi AS akan mengalami kemerosotan akibat tindakan inflasi yang berlebihan.