Amerika Syarikat (AS) akan menerima pelaburan daripada syarikat semikonduktor Taiwan iaitu TSMC yang bernilai $100 bilion.
Pengumuman itu telah diumumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif TSMC, CC Wei bersama Donald Trump di White House.
Pelaburan itu adalah selari dengan matlamat Trump yang ingin semikonduktor dihasilkan di AS atas dasar keselamatan.
Tiga kilang pembuatan cip, dua pusat pembungkusan, dan kemudahan penyelidikan juga akan dibangunkan yang merupakan sebahagian daripada pelaburan tersebut.
TSMC merupakan syarikat yang penting kerana merupakan ‘supplier’ utama kepada syarikat gergasi lain seperti Nvidia, AMD dan Qualcomm.
Pembukaan kilang di AS akan menjamin pengeluaran bekalan cip di negara tersebut .
Syarikat itu telah menerima wang berjumlah $1.5 bilion di bawah akta CHIPS yang menggalakkan pengeluaran cip di AS.