Ukraine telah bersetuju untuk memperuntukkan hasil sumber mineralnya kepada Amerika Syarikat (AS), namun sebagai balasan Ukraine meminta AS untuk memberi jaminan keselamatan kepada negara tersebut.
Walaubagaimanapun, tuntutan tersebut masih lagi belum dapat dipastikan sama ada ia sudah dipenuhi.
Hal ini berpunca daripada Trump yang meminta bayaran balik untuk bantuan ketenteraan yang telah diberikan AS sepanjang tempoh perang berlangsung.
Zelenskiy menegaskan bahawa perjanjian itu tidak melibatkan hutang yang akan dibuat oleh Ukraine.
Menurut Perdana Menteri Ukraine iaitu Denis Shmyhal, AS akan menyokong usaha Ukraine untuk mendapatkan jaminan keselamatan tetapi tidak komited kepada perlindungan ketenteraan atau jaminan pertahanan sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut.
Ukraine akan menyumbang 50% daripada hasil masa depan daripada aset mineral milik kerajaan kepada dana yang dikawal bersama antara Ukraine dan AS.
Zelenskiy dikhabarkan akan ke Washington pada Jumaat untuk tandatangani perjanjian tersebut.