Volkswagen telah memutuskan untuk mengurangkan bilangan pekerja di bahagian unit ‘Software’ mereka iaitu Cariad, dengan jangkaan 1,600 pekerja akan kehilangan pekerjaan.
Memandangkan Cariad kini mempunyai kira-kira 5,900 pekerja, ini bermakna hampir satu pertiga daripada tenaga kerja akan terjejas.
Pemberhentian kerja ini akan berlaku melalui program pemberhentian kerja secara sukarela dan berkemungkinan pekerja yang terjejas akan ditawarkan pampasan untuk meninggalkan pekerjaan mereka.
Akhbar perniagaan Jerman Handelsblatt pertama kali melaporkan berita ini, dan Volkswagen kemudian mengesahkannya.
Syarikat itu menjelaskan bahawa keputusan ini adalah sebahagian daripada rancangan yang mereka perkenalkan pada 2023 bagi meningkatkan prestasi Cariad.
Volkswagen mahu menjadikan bahagian perisiannya lebih cekap dengan mengurangkan kos dan bergantung pada bakat dalaman.