Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) bergerak bercampur-campur selepas data harga pengeluar (PPI) diterbitkan dengan angka yang lebih tinggi daripada jangkaan, sekaligus meredakan harapan terhadap potensi penurunan kadar faedah.
Laporan Jabatan Buruh menunjukkan indeks harga PPI pada Julai mencatatkan kenaikan tertinggi dalam tempoh tiga tahun disokong oleh lonjakan kos barangan dan perkhidmatan yang menandakan peningkatan inflasi secara ketara.
Menurut data LSEG, pedagang mengurangkan jangkaan pemotongan kadar Fed pada tahun ini kepada 56.7 mata asas berbanding 63 mata asas sebelum ini.
Data terkini menunjukkan kelemahan pasaran buruh serta kenaikan indeks harga pengguna (CPI) yang sederhana telah mengukuhkan jangkaan bahawa bank pusat berkemungkinan akan menurunkan kadar faedah pada bulan hadapan.
Presiden Federal Reserve (Fed), St. Louis Alberto Musalem juga menyifatkan bahawa pemotongan kadar separuh mata bagi mesyuarat Fed pada September adalah tidak wajar.
Purata indeks Dow Jones menurun 0.02% kepada 11.01 mata, Nasdaq berfokus kepada industri teknologi menyusut 0.01% kepada 2.47 mata, manakala S&P 500 pula melonjak 0.03% kepada 1.96 mata.
Sementara itu, saham Intel Corp meningkat 7.4% selepas Bloomberg News melaporkan pentadbiran Donald Trump berbincang dengan syarikat itu mengenai kemungkinan penglibatan AS.
Saham Cisco Systems pula merosot 1.6% selepas unjuran dalam talian yang meluas gagal menarik minat pelabur.
Dalam arena geopolitik, tumpuan turut terarah kepada pertemuan antara Trump dan Presiden Rusia Vladimir Putin ketika Trump berusaha untuk menghentikan konflik perang Rusia-Ukraine.
Jumlah dagangan di bursa AS merekodkan $16.3 bilion berbanding purata $18.3 bilion selama 20 hari dagangan penuh.