Saham Amerika Syarikat (AS) ditutup bercampur-campur selepas Federal Reserve (Fed) mengurangkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat FOMC jam 2 pagi tadi.
Terdapat isyarat pemotongan kadar faedah berterusan pada baki tahun ini susulan kebimbangan terhadap kelemahan pasaran buruh, dengan Fed menjangkakan dua lagi pemotongan suku peratusan.
Dalam sidang akhbar, Pengerusi Fed, Jerome Powell menyatakan bahawa risiko kelemahan pasaran buruh kini lebih ketara berbanding inflasi, namun menegaskan inflasi masih perlu diawasi dan dikawal.
Indeks S&P 500 menyusut 0.10% kepada 6.41 mata, Nasdaq berfokus kepada industri teknologi jatuh 0.32% kepada 72.63 mata, manakala Dow Jones pula meningkat 0.57% kepada 260.42 mata.
Keputusan dan unjuran Fed dijangka menguji kenaikan terbaharu Wall Street yang disokong oleh jangkaan pemotongan kadar serta kebangkitan minat pelabur terhadap saham kecerdasan buatan (AI).
Dalam perkembangan lain, Penasihat Ekonomi White House, Stephen Miran mengangkat sumpah sebagai Gabenor Fed, manakala mahkamah rayuan menolak usaha Presiden Donald Trump untuk menyingkirkan Gabenor Fed, Lisa Cook.
Sementara itu, saham Nvidia merosot 2.6% selepas laporan menyatakan pengawal selia internet China telah mengarahkan syarikat teknologi terbesar negara itu membeli semua cip AI keluarannya.
Saham Workday pula melonjak 7.2% selepas laporan bahawa pelabur aktivis Elliott Management membeli lebih $2 bilion pegangan dalam syarikat perisian sumber manusia tersebut.
Jumlah dagangan di bursa AS bernilai $18.91 bilion, berbanding purata $16.47 bilion dalam tempoh 20 hari dagangan penuh.