Pasaran saham pada awal minggu dilihat tidak mencatatkan pergerakan yang ketara apabila hanya berjaya naik sedikit selepas prestasi yang kurang memberangsangkan pada bulan lepas.
Pelabur menantikan keputusan akhir berkaitan tarif yang akan dikenakan Trump terhadap rakan dagang Amerika Syarikat (AS) pada 4 Mac.
Terdapat kemungkinan tarif yang akan dikenakan terhadap Kanada dan Mexico akan lebih rendah berbanding tarif yang dicadangkan Trump sebelum ini iaitu 25%, namun tarif tambahan sebanyak 10% ke atas China dijangka kekal sama.
Sentimen pelabur dilihat tidak banyak membantu peningkatan pasaran saham AS bulan lepas yang disebabkan oleh tarif Trump dan kebimbangan pelabur terhadap ekonomi AS kesan oleh tarif tersebut.
Kesan tersebut dapat dilihat dengan Dow Jones alami kejatuhan 1.58%, S&P 500 kehilangan 1.42%, dan Nasdaq Composite juga jatuh 3.97%.
Laporan pekerjaan bulanan yang akan dikeluarkan pada Jumaat ini iaitu NFP AS bakal memberi maklumat mengenai petunjuk tentang kesihatan pasaran buruh untuk panduan Federal Reserve (Fed) dalam penetapan dasarnya.