Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Pasaran saham Wall Street ditutup lebih tinggi pada sesi dagangan Jumaat, dipacu oleh data inflasi yang lebih rendah daripada jangkaan.
Perkembangan ini meningkatkan prospek pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed).
Sentimen pasaran turut disokong oleh unjuran pendapatan daripada pengeluar cip Micron Technology memberi isyarat bahawa permintaan terhadap kecerdasan buatan (AI) kekal kukuh.
Laporan Indeks Harga Pengguna (CPI) mencatatkan kenaikan harga pengguna lebih sederhana sehingga November iaitu sedikit rendah di bawah jangkaan pasaran.
Walau bagaimanapun, Biro Statistik Buruh Amerika Syarikat (AS) tidak mengeluarkan data perubahan bulanan CPI untuk Oktober kerana penutupan kerajaan selama 43 hari telah mengganggu penerbitan data.
Data tuntutan pengangguran minggu lalu turut menunjukkan penurunan permohonan baharu, membalikkan lonjakan minggu sebelumnya dan menandakan kestabilan pasaran buruh pada Disember.
Dalam perkembangan lain, laporan pekerjaan rasmi awal minggu ini mencatatkan pemulihan pertumbuhan pekerjaan pada November lalu, meskipun kadar pengangguran meningkat 4.6%.
Ketiga-tiga indeks utama Wall Street berjaya pulih daripada paras terendah tiga minggu sebelum ini. Indeks Russell 2000 yang mewakili syarikat bermodal kecil pula meningkat 0.8%.
Indeks Dow Jones menokok 0.14% kepada 65.88 mata, S&P 500 naik 0.79% kepada 53.33 mata, manakala Nasdaq yang berfokus kepada sektor teknologi melonjak 1.37% kepada 313.04 mata.
Sementara itu saham Lululemon mengukuh 3.5% selepas syarikat itu dilaporkan memperoleh pegangan bernilai lebih $1 bilion. Starbucks pula mencatatkan kenaikan kukuh sebanyak 4.9%.
Saham Micron Technology meningkat 10.2% selepas meramalkan keuntungan suku tahunan hampir dua kali ganda daripada jangkaan penganalisis, disokong oleh permintaan tinggi dalam sektor AI.
Jumlah dagangan di bursa AS bernilai $16.89 bilion saham, berbanding purata $16.96 bilion dalam tempoh 20 hari dagangan terakhir.























































