Pada Khamis, saham Wall Street Amerika Syarikat (AS) meningkat lagi selepas mengalami pelonjakan sama kelmarin.
Ketiga-tiga indeks utama mencanak selepas pengumuman Presiden AS Donald Trump tidak berhajat memecat Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell daripada jawatannya.
Situasi desakan Trump terhadap pemberhentian Powell akibat kelewatan pengurangan kadar faedah sehingga mencetuskan reaksi global.
Indeks S&P 500 menaik 1.67%, Dow Jones menokok 1.07% manakala Nasdaq berfokus kepada teknologi bertambah 2.50%.
Kenaikan indeks utama turut dirangsang oleh pertimbangan White House untuk mengurangkan tarif AS ke atas China bagi meredakan ketegangan antara kedua-dua negara.
Seterusnya, White House memberitahu tarif China boleh menurun kepada 50% dan 65% berbanding tarif dagangan tinggi 145% sebelum ini.
Pelabur gembira dengan perkembangan saham AS susulan Trump menarik balik ancaman terhadap Powell dan harapan perdamaian konflik tarif AS-China.