Saham Wall Street Amerika Syarikat (AS) mengalami peningkatan positif selepas merekodkan bacaan bercampur-campur minggu lalu.
Ketiga-tiga indeks utama melonjak disokong oleh perjanjian AS dan China untuk berbaik semula daripada perang tarif selama tempoh 90 hari.
Indeks S&P 500 menaik 0.70%, Dow Jones menokok 0.78%, manakala Nasdaq berfokus kepada industri teknologi mencanak 0.52%.
Rundingan bersifat sistematik selepas Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent dan Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer bertemu pegawai ekonomi tertinggi China bagi membahas konflik tarif AS-China.
Kerajaan AS bersetuju mengurangkan tarif import China daripada 145% kepada 30%, manakala Republik China pula merendahkan duti import AS kepada 10% daripada 125%.
Situasi ini jelas menggembirakan para pelabur selepas Washington dan Beijing kembali berdamai susulan isu tarif berterusan antara dua kuasa dunia itu.
Selanjutnya, syarikat gergasi Korea Selatan, Samsung SDI telah meluncurkan harga saham sebanyak 17% selepas penjualan pasaran merosot akibat kebimbangan terhadap tarif AS.
Pelabur menunggu kejelasan cukai AS selepas rang undang-undang gagal menyelesaikan halangan prosedur utama kerana ahli politik Republikan menuntut kerajaan mengurangkan perbelanjaan besar-besaran.
Untuk fahami lebih mendalam situasi pergerakan pasaran saham global dan faktor-faktor yang mempengaruhinya, jom sertai komuniti HUSTLE24HOUR Familia dengan ahli-ahli aktif mengadakan perbincangan setiap hari. KLIK LINK UNTUK SERTAI!