Saham Wall Street Amerika Syarikat (AS) mengalami kemerosotan selepas merekodkan penurunan sama kelmarin.
Ketiga-tiga indeks utama merosot didorong oleh peningkatan hasil perbendaharaan selepas kerisauan bahawa hutang kerajaan AS berkemungkinan melonjak $3 trilion ke $5 trilion dengan rancangan pemotongan cukai besar-besaran oleh Donald Trump.
Indeks S&P 500 meluncur 1.61%, Dow Jones merudum 1.91%, manakala Nasdaq berfokus kepada industri teknologi menyusut 1.41%.
Kejatuhan indeks mula didorong oleh tindakan agensi Moody’s mengurangkan penarafan kredit AS kepada ‘AA1’ daripada ‘AAA’ sekaligus memastikan hasil perbendaharaan AS menjadi lebih tinggi.
Langkah tersebut dibuat ekoran kebimbangan kepada hutang $36 trilion yang dijangkakan melebar akibat rancangan pemotongan cukai Trump yang telah mendapat kelulusan di Kongres.
Para pelabur bimbang terhadap ekonomi AS selepas Moody’s menurunkan penarafan kredit AS pada minggu lalu.
Saham UnitedHealth juga melemah 6% kerana syarikat itu membayar bonus rahsia kepada rumah jagaan demi mengurangkan pemindahan ke hospital dan menimbulkan kebimbangan terhadap pesakit.
Perbincangan AS-China bersifat positif selepas Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent dan Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer bertemu pegawai ekonomi tertinggi China bagi membahas isu tarif dagangan.
Tambahan pula, kerajaan AS bersetuju merendahkan tarif import China daripada 145% kepada 30%, manakala Republik China meminimumkan duti import AS kepada 10% daripada 125%.
Namun pasaran berwaspada berikutan terdapat beberapa isyarat yang menunjukkan rundingan bakal kembali tegang semula.
Konklusinya, jumlah dagangan bursa AS mencatatkan $19.39 bilion berbanding purata $17.5 bilion selama 20 hari dagangan penuh.
Untuk fahami lebih mendalam situasi pergerakan pasaran saham global dan faktor-faktor yang mempengaruhinya, jom sertai komuniti HUSTLE24HOUR Familia dengan ahli-ahli aktif mengadakan perbincangan setiap hari. KLIK LINK UNTUK SERTAI!