Pada Isnin, saham Wall Street telah kembali meningkat selepas mengalami penurunan ketara pada minggu lalu.
Faktor yang telah mendorong peningkatan ketiga-tiga indeks utama itu adalah disebabkan pentadbiran White House mengumumkan pengecualian tarif terhadap produk elektronik daripada China.
Indeks S&P 500 menaik 1.4%, Dow Jones menokok 1.2% manakala indeks Nasdaq yang memfokuskan industri teknologi meningkat 1.8%.
Pengumuman pengecualian ini telah memberikan kelegaan kepada syarikat teknologi besar seperti Apple dan Dell Technologies, yang terlalu bergantung kepada produk import dari China.
Saham-saham syarikat besar itu mencatatkan keuntungan ketara selepas pengumuman tersebut.
Perkembangan ini juga memberikan kegembiraan terhadap 20 jenis pengeluar produk yang mencakupi jumlah 23% kepada barangan AS dari China.
Namun demikian, Presiden Donald Trump turut memberikan amaran bahawa levi masih akan dilaksanakan, meskipun pengecualian dilaksanakan.
Sementara Republik China pula telah meningkatkan tarif ke atas barangan import Amerika kepada 125% selepas terus dikenakan tarif dagangan berpanjangan sehingga 145% oleh Trump.
Situasi ini menyebabkan peperangan tarif AS dan China berterusan tanpa sebarang jalan penyelesaian ketika negara-negara lain mendapat tempoh penangguhan tarif 90 hari.