Kebimbangan terhadap tarif dilaksanakan oleh Presiden Donald Trump dilihat terus menjejaskan pasaran saham pada Isnin dengan Dow jatuh 1.48%, S&P 500 turun 1.76%, dan Nasdaq Composite jatuh 2.64%.
Walau bagaimanapun, pasaran saham pada Selasa dilihat kembali stabil setelah kejatuhan yang dicatatkan pada semalam.
Kejatuhan tersebut disebabkan Trump yang mengesahkan tarif yang akan dikenakan terhadap Kanada dan Mexico yang akan bermula pada Selasa dengan kadar 25%.
Trump juga telah mengesahkan bahawa beliau telah menutup rundingan mengenai tarif menyebabkan pelabur risau mengenai kesan negatif tarif yang akan menjejaskan pasaran.
Sektor teknologi dilihat paling terkesan berbanding yang lain dengan Nvidia jatuh sebanyak 8.7%, Microsoft turun 2.1%, Amazon menurun 3.4% dan Broadcom jatuh sebanyak 6.1%.
Pelabur akan menantikan laporan pendapatan dari beberapa syarikat antaranya ialah CrowdStrike untuk melihat prestasi semasa syarikat.