Berkshire Hathaway Inc milik Warren Buffett telah membeli saham UnitedHealth Group pada suku kedua, mendorong harga saham syarikat insurans kesihatan itu meningkat dalam dagangan pasca pasaran.
CEO konglomerat Omaha itu memperoleh lima juta saham UnitedHealth menjadikan pegangan Berkshire bernilai $1.6 bilion serta menjual pegangan $1 bilion dalam T-Mobile US Inc.
Pelaburan Buffett dalam UnitedHealth berlaku ketika syarikat kesihatan itu menghadapi pelbagai krisis termasuk pembunuhan CEO Brian Thompson di Manhattan tahun lalu.
Pendedahan pegangan Berkshire dalam UnitedHealth Berkshire juga telah mendorong saham syarikat itu melonjak 9.6% dalam dagangan pasca pasaran.
Buffett turut menjual 20 juta saham Apple Inc selepas mengurangkan pegangannya dalam pengeluar iPhone tersebut pada tahun lalu.
Pegangan Apple Berkshire kekal sebagai pegangan ekuiti terbesar mengikut nilai pasaran, meskipun nilainya merosot kira-kira $9.2 bilion dalam suku yang berakhir 30 Jun lalu.