Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Meskipun terdapat desas-desus bahawa konflik geopolitik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran bakal berakhir tidak lama lagi.
Namun begitu, ketegangan dilihat kembali memuncak selepas tentera AS dilaporkan telah memusnahkan 10 kapal pemasang periuk api milik Iran.
Situasi ini berlaku susulan amaran keras Presiden Donald Trump bahawa Tehran akan berdepan ketenteraan yang belum pernah disaksikan sekiranya mereka terus menyasarkan Selat Hormuz.
Amaran itu dibuat selepas Iran berikrar untuk menyekat tiada semua kapal daripada melalui perairan strategik terbabit.
Larangan tersebut telah menyebabkan harga minyak global menjadi tidak stabil akibat gangguan bekalan dan penghantaran di selat berkenaan.
Serangan tersebut dilancarkan selepas beberapa media AS mendakwa Iran telah memulakan proses pemasangan periuk api di Selat Hormuz.
Menerusi satu hantaran di platform Truth Social, Trump meluahkan rasa gembira terhadap tindakan tentera AS yang telah memusnahkan 10 kapal berkenaan.
Bagaimanapun, Trump turut menyatakan bahawa beliau tidak menerima sebarang laporan di mana lokasi tindakan sedemikian telah bermula.
Sementara itu, AS dilaporkan akan mengerahkan peluru berpandu yang sebelum ini digunakan untuk memusnahkan kapal penyeludup dadah di perairan Amerika Selatan bagi menghapuskan mana-mana kapal yang memasang periuk api di selat tersebut.
























































