Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Shlomo Kramer, bilionair keselamatan siber dari Israel, menggoncang perdebatan global apabila mencadangkan Pindaan Pertama Perlembagaan AS perlu diperkemaskan untuk melindungi kebebasan bersuara jangka panjang.
Pendapat ini mengejutkan kerana ia datang daripada seorang yang faham risiko digital.
Menurut Kramer, perkembangan pesat landskap digital kini menyebabkan kebebasan bersuara di platform dalam talian sukar dikawal.
Beliau menuntut kawalan ketat ke atas media sosial untuk menghalang penyebaran maklumat palsu, manipulasi naratif, dan penyalahgunaan ruang digital oleh pihak tertentu yang berkepentingan.
Cadangan paling kontroversi ialah penilaian dan pengkelasan keaslian pengguna internet.
Berdasarkan kredibiliti itu, kandungan yang disebarkan harus dikawal selia, memberi kuasa kepada pihak berkuasa menentukan sejauh mana pandangan boleh dipaparkan kepada umum.
Kramer juga menyeru agar kerajaan mengambil peranan lebih aktif dalam mengawal media sosial. Tujuannya jelas, bagi mengelakkan platform digital menjadi ancaman kepada kestabilan masyarakat, keselamatan negara dan proses demokrasi.
Cadangan ini dijangka mencetuskan perdebatan hebat di Amerika Syarikat, di mana Pindaan Pertama diangkat sebagai benteng kebebasan bersuara.
Mengehadkan hak ini walau atas alasan keselamatan dan ketulenan maklumat, berisiko membuka pintu kepada penyalahgunaan kuasa dan penapisan berlebihan oleh kerajaan.
Isu ini mencerminkan dilema besar dunia hari ini dan bagaimana mengawal ruang digital yang semakin liar tanpa mengorbankan kebebasan bersuara yang menjadi tunjang demokrasi. Paradoks ini belum ada jalan mudah.
























































