Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Bitwise Asset Management mencuri perhatian pasaran apabila melancarkan Bitwise Proficio Currency Debasement ETF (BPRO), sebuah dana baharu yang menggabungkan Bitcoin, emas dan saham perlombongan dalam satu produk pelaburan.
Pada pukul 9:40 pagi ini, harga Bitcoin dibuka pada $89,740 iaitu rendah 0.02% sejak ia dibuka pada awal dagangan Jumaat di sesi Asia.
Tidak seperti ETF Bitcoin biasa yang hanya memegang BTC, BPRO diurus secara aktif dan wajib mengekalkan sekurang-kurangnya 25% pegangan emas.
Fokusnya jelas iaitu untuk melindungi nilai kekayaan daripada kesan inflasi dan kejatuhan kuasa beli mata wang fiat, bukan mengejar keuntungan jangka pendek.
Langkah ini mencerminkan perubahan naratif kripto dalam kalangan institusi.
Jika dahulu Bitcoin dilihat sebagai aset spekulatif berisiko tinggi, kini ia semakin diterima sebagai sebahagian strategi makro dan pemeliharaan modal, digandingkan dengan aset tradisional seperti emas.
Namun, realitinya Bitcoin kebelakangan ini kalah prestasi berbanding emas, terutamanya ketika ketidaktentuan politik dan tekanan terhadap bank pusat meningkat.
Situasi ini menimbulkan persoalan sama ada Bitcoin benar-benar berkesan sebagai lindung nilai debasement dalam jangka pendek.
























































