Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) ditutup bercampur-campur pada awal pagi ini apabila perisian teknologi lain kekal di bawah tekanan dalam dagangan selepas sesi waktu bekerja.
Dari segi prestasi indeks utama Wall Street, S&P 500 merosot 0.54% kepada 6,908.86 mata, Nasdaq Composite menyusut 1.18% kepada 22,878.38 mata, manakala Dow Jones pula melonjak 0.03% kepada 49,499.20 mata.
Beralih kepada prestasi saham individu, saham firma keselamatan siber, Zscaler menjunam hampir 10% selepas laporan pendapatan dan pengebilan suku tahunan yang tertangguh sebelum ini berada di bawah jangkaan.
Saham Nvidia turut mengalami kejatuhan sebanyak 1.18% meskipun berjaya mencatatkan hasil keuntungan yang melebihi jangkaan penganalisis.
Sebaliknya, saham Netflix melonjak 11% selepas syarikat penstriman terkenal dunia itu menarik diri daripada mengambil alih Warner Bros.
Sementara itu, menurut laporan Discovery Inc, kejatuhan tersebut berlaku selepas Paramount Skydance Corp membida dengan nilai lebih tinggi, sekali gus membuat perjanjian itu tidak menarik lagi dari segi kewangan.

























































