Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Indeks S&P 500 dan Nasdaq 100 ditutup lebih rendah pada sesi dagangan Khamis selepas mengalami tekanan jualan besar-besaran , terutamanya melibatkan saham kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor untuk hari kedua berturut-turut.
Dari segi prestasi indeks utama, S&P 500 dan Nasdaq Composite masing-masing jatuh 0.51% dan 1.51% susulan kerugian dalam saham perisian di tengah-tengah kebimbangan bahawa teknologi AI mampu menjejaskan model perniagaan sektor berkenaan.
Walau bagaimanapun, Dow Jones meningkat 0.53% apabila pelabur beralih daripada sektor teknologi kepada sektor yang lebih bernilai tinggi.
Situasi ini berlaku ketika pelabur sedang mempertimbangkan laporan pendapatan terkini syarikat-syarikat utama.
Pada masa yang sama, saham syarikat induk Google, Alphabet merosot lebih 1% selepas syarikat itu memberi isyarat mengenai peningkatan mendadak dalam perbelanjaan modal AI tahun ini.
Syarikat gergasi AI lain turut mengalami kemerosotan termasuk peneraju AI, Nvidia yang menyusut 1.9%, manakala Broadcom menjunam 6.5%.
Dalam perkembangan lain, Laporan Pekerjaan Sektor Swasta (ADP) menunjukkan pertumbuhan penggajian dalam sektor swasta menjunam ke paras 22,000 pada bulan Januari lalu.
Angka ini mencerminkan isyarat makro lebih lemah dan menunjukkan trend permintaan pasaran buruh yang semakin perlahan.
























































