Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Perdana Menteri Poland, Donald Tusk menegaskan bahawa negaranya tidak akan menghantar tentera ke Iran memandangkan ketegangan di Asia Barat tidak menjejaskan keselamatan mereka secara langsung.
Menurut Tusk, Poland tidak merancang sebarang ekspedisi ketenteraan ke Iran dan keputusan ini tidak menimbulkan sebarang kerajaan dalam kalangan sekutu mereka.
Beliau turut menjelaskan bahawa keutamaan Poland ketika ini adalah untuk memperkukuh angkatan tentera darat, udara dan laut negara susulan konflik yang masih berlarutan di sempadan Ukraine.
Kenyataan tersebut dilaporkan mendapat sokongan daripada Amerika Syarikat (AS) dan kuasa-kuasa lain yang memahami pendirian Warsaw.
Terdahulu, Presiden Donald Trump mendesak rakan sekutunya untuk membantu AS membuka semula Selat Hormuz selepas Iran didakwa meneruskan siri serangan di laluan strategik terbabit.
Desakan itu hadir ketika ketegangan antara AS-Israel dan Iran memasuki minggu ketiga.
Beberapa sekutu AS yang lain termasuk Jerman, Itali dan Sepanyol juga menjelaskan bahawa mereka tidak mempunyai rancangan segera untuk menghantar aset ketenteraan bagi membuka Selat Hormuz.



























































