Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump minggu lalu memaklumkan bahawa Washington akan menghantar sebuah kapal hospital ke Greenland.
Menurut laporan Agensi Berita Jerman (dpa), tindakan tersebut berisiko mencetuskan ketegangan dengan Denmark yang merupakan sekutu utama Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Dalam satu kenyataan di platform Truth Social, Trump menyatakan kapal itu akan merawat orang ramai yang sakit dan tidak menerima sebarang rawatan di sana.
Beliau turut menegaskan bahawa kapal tersebut sedang dalam perjalanan sambil menyifatkan kapal berkenaan sebagai kapal hospital yang hebat.
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Trump mengulangi amaran untuk mengambil alih Greenland, sebuah wilayah yang mempunyai kepentingan strategik kepada Denmark.
Sementara itu, tentera laut AS dilaporkan akan mengendalikan dua kapal hospital besar dengan masing-masing mempunyai kapasiti sekitar 1,000 katil termasuk 80 unit rawatan rapi.
Sebelum ini, kapal-kapal itu digunakan untuk operasi bencana alam seperti gempa bumi atau taufan dan turut beroperasi sementara di pelabuhan AS ketika pandemik COVID-19.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini Greenland melaporkan bahawa mereka tidak memerlukan sebarang perubatan besar terutamanya melibatkan penghantaran kapal hospital.
Setakat ini, status penyelarasan misi dengan kerajaan Denmark atau pihak berkuasa Greenland masih tidak jelas dan garis masa penghantaran juga masih belum ditentukan.

























































