Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Penipuan kripto kini memasuki era baharu apabila penggunaan kecerdasan buatan (AI) melonjak sehingga 500% sepanjang 2025, menurut laporan terkini TRM Labs.
Dengan bantuan AI seperti model bahasa besar (LLM), penipu mampu menjalankan scam secara besar-besaran, lebih meyakinkan dan tersusun seperti sebuah perniagaan profesional.
Akibatnya, sekitar $35 bilion aset kripto dilaporkan mengalir ke alamat scammer tahun lalu.
Teknologi AI membolehkan penipu mencipta mesej yang disesuaikan mengikut bahasa dan budaya mangsa, malah menggunakan deepfake video, klon suara dan imej palsu untuk menyamar sebagai individu sebenar.
Ada kes melibatkan panggilan Zoom palsu menggunakan deepfake yang hampir berjaya memperdaya pengasas syarikat kripto.
Lebih membimbangkan, penipuan kini dilakukan secara berlapis yang dimana bermula dengan scam percintaan untuk membina kepercayaan, diikuti pelaburan palsu, dan diakhiri dengan tuntutan bayaran cukai atau yuran rekaan.
Semua ini dijalankan oleh rangkaian penipu yang beroperasi secara tersusun, lengkap dengan playbook, alat automasi AI dan perkhidmatan haram yang menyokong operasi mereka.
TRM Labs menganggarkan jumlah nilai kripto yang terlibat dalam aktiviti haram mencecah $158 bilion pada 2025, naik 146% berbanding tahun sebelumnya.
Realitinya, scam kripto bukan lagi kerja individu tetapi ia kini sudah jadi sebuah industri global yang semakin canggih dan sukar dikesan.


























































