Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) kembali menunjukkan pergerakan stabil pada Rabu ketika pelabur bersiap sedia menantikan laporan pendapatan Nvidia minggu ini.
Laporan tersebut dijangka memberi isyarat baharu mengenai ketahanan permintaan terhadap kecerdasan buatan (AI).
Dari segi prestasi indeks utama, Dow Jones meningkat 0.76%, S&P 500 melonjak 0.77% dan Nasdaq Composite pula mencanak 1.04%.
Wall Street kembali pulih daripada jualan besar-besaran pada Isnin lalu selepas mengalami kebimbangan berterusan terhadap teknologi AI yang boleh menjejaskan pelbagai industri semakin berkurangan.
Dalam pada itu, saham AMD mencatatkan lonjakan sebanyak 8.8% selepas Meta mengumumkan perjanjian untuk menggunakan 6 gigawatt unit pemprosesan grafik AMD merentasi pusat data yang berfokus pada AI.
Sementara itu, saham Salesforce dan IBM masing-masing naik 4.1% dan 2.7% selepas penganalisis menangkis keraguan terhadap daya tahan model perkhidmatan legasi syarikat-syarikat tersebut.
Saham DocuSign pula menambah 2.9% susulan berita integrasi Claude Cowork dari Anthropic, sekali gus memperkukuh keyakinan bahawa AI sedang meningkatkan alatan perusahaan sedia ada.


























































