• Latest
  • Trending
  • All
  • Tips Matawang
  • Isu Semasa
  • Artikel Umum
  • Kripto
  • Analisa Tajaan
  • Saham
Ringgit Dibuka Tinggi Menjelang FOMC

Ringgit Dibuka Tinggi Menjelang FOMC

15 September 2026
Forecast XAU/USD: Minit FOMC Mampu Uji Volatiliti Emas?

Forecast XAU/USD: Minit FOMC Mampu Uji Volatiliti Emas?

7 October 2026
Saham Asia Merosot Ketika Harga Minyak Meningkat

Saham Asia Merosot Ketika Harga Minyak Meningkat

7 October 2026
Ramalan BTC & XRP: Data Ekonomi AS Bakal Uji Sokongan Utama!

Ramalan BTC & XRP: Data Ekonomi AS Bakal Uji Sokongan Utama!

7 October 2026
Ringgit Dibuka Sedikit Rendah, Sentimen Pasaran Global BercampurĀ 

Ringgit Dibuka Sedikit Rendah, Sentimen Pasaran Global BercampurĀ 

7 October 2026
BTC & XRP Kekal Suram, Pasaran Tunggu Pemangkin

BTC & XRP Kekal Suram, Pasaran Tunggu Pemangkin

7 October 2026
Emas Atur Langkah Tawan Posisi $2,400 Di Saat Fed Hawkish?

Emas Hambar Sejak Minggu Lepas, Pasaran Fokus Minit FOMC

7 October 2026
Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

Rekod Baharu Tercipta! S&P 500 & Nasdaq Pecah Puncak Tertinggi

6 October 2026
Adakah Ekonomi Global Sedang Berada Dalam Fasa Kemelesetan? – Ini Pandangan IMF!

Pertumbuhan Jatuh! IMF Dedah Bahaya Eksport China & Krisis Demografi CEE

6 October 2026
Selat Hormuz Lumpuh, Jepun Pertimbang Guna Simpanan Minyak Kecemasan!

Sekatan A.S. ‘Sekat’ 50 Kapal Tangki Iran: Kilang China Terdesak Borong Minyak Iraq!

6 October 2026
Ramalan Harga Emas XAU/USD: Ucapan Fed Jadi Penentu Gold Malam Ini

Ramalan Harga Emas XAU/USD: Ucapan Fed Jadi Penentu Gold Malam Ini

6 October 2026
Harga Minyak Dunia Susut, Bekalan Timur Tengah Meningkat

Harga Minyak Dunia Susut, Bekalan Timur Tengah Meningkat

6 October 2026
CFTC Ambil Langkah Baharu Untuk Kawal Pasaran Kripto AS

CFTC Ambil Langkah Baharu Untuk Kawal Pasaran Kripto AS

6 October 2026
  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us
Wednesday, 7 October 2026
INTRADAY.my
  • Pasaran
    • All
    • Analisa Tajaan
    • Berita Ekonomi
    • Harga Emas

    Bank Dunia Keluar Amaran ā€˜Bubble’ AI, Asia Tenggara Paling Pesat!

    Bank Dunia Keluar Amaran ā€˜Bubble’ AI, Asia Tenggara Paling Pesat!

    Dolar AS Kena ā€˜Lauk’ Lagi, Pelabur Teruja Harga Emas Terus Melonjak!

    Emas Masih Melekat Pada $4,150, Petunjuk Fed Masih Dipantau

    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • All
    • Analisis Matawang
    • Berita Kalendar Ekonomi
    • Tips Matawang
    Ringgit Dibuka Sedikit Rendah, Sentimen Pasaran Global BercampurĀ 

    Ringgit Dibuka Sedikit Rendah, Sentimen Pasaran Global BercampurĀ 

    Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi, USD Masih ‘King’

    Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi, USD Masih ‘King’

    Ringgit Mengukuh, Tumpuan Beralih Kepada Keputusan FedĀ 

    Ringgit Mengukuh, Tumpuan Beralih Kepada Keputusan FedĀ 

    Fed Di Bawah Tekanan: Kadar Faedah Akan Dikurangkan Lebih Besar?

    Data NFP Tersasar Jauh! Adakah The Fed Bakal Tekan ‘Brek’?

    Ringgit Dibuka Tinggi, Data Ekonomi AS Jadi Tumpuan

    Ringgit Dibuka Tinggi, Data Ekonomi AS Jadi Tumpuan

    Ringgit Dibuka Tinggi, NFP AS Jadi Tumpuan SeterusnyaĀ 

    Ringgit Dibuka Tinggi, NFP AS Jadi Tumpuan SeterusnyaĀ 

    Inflasi PCE Jatuh Ke 3.0%! ‘Lampu Hijau’ Buat Fed Batalkan Kenaikan Kadar Pada Oktober?

    Inflasi PCE Jatuh Ke 3.0%! ‘Lampu Hijau’ Buat Fed Batalkan Kenaikan Kadar Pada Oktober?

    Laporan ADP Menunjukkan Lonjakan Pekerjaan: Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

    Signal Kepada The Fed? Data ADP Melantun Melepasi Unjuran

    Ringgit Tertekan, Data Pengguna AS Lemahkan Sentimen

    Ringgit Tertekan, Data Pengguna AS Lemahkan Sentimen

    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • All
    • Analisis Teknikal Kripto
    • Asas Kripto
    • NFT
    Ramalan BTC & XRP: Data Ekonomi AS Bakal Uji Sokongan Utama!

    Ramalan BTC & XRP: Data Ekonomi AS Bakal Uji Sokongan Utama!

    BTC & XRP Kekal Suram, Pasaran Tunggu Pemangkin

    BTC & XRP Kekal Suram, Pasaran Tunggu Pemangkin

    CFTC Ambil Langkah Baharu Untuk Kawal Pasaran Kripto AS

    CFTC Ambil Langkah Baharu Untuk Kawal Pasaran Kripto AS

    BTC & XRP Masih Terperangkap, Data AS Jadi Tumpuan

    BTC & XRP Masih Terperangkap, Data AS Jadi Tumpuan

    2 Altcoin Jadi Tumpuan Selepas Clarity Act Gagal!

    2 Altcoin Jadi Tumpuan Selepas Clarity Act Gagal!

    BTC & XRP Berpotensi Bergerak Aktif Susulan Data AS?

    BTC & XRP Berpotensi Bergerak Aktif Susulan Data AS?

    Ramalan BTC & XRP: Data Ekonomi AS Jadi Tumpuan

    Ramalan BTC & XRP: Data Ekonomi AS Jadi Tumpuan

    Mampukah XRP Kembali Pulih?

    Mampukah XRP Kembali Pulih?

    Bitcoin Sukar Lepasi $85K, Permintaan Pasaran Belum Kukuh

    Bitcoin Sukar Lepasi $85K, Permintaan Pasaran Belum Kukuh

    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • All
    • Saham Global
    • Saham Lokal
    Saham Asia Merosot Ketika Harga Minyak Meningkat

    Saham Asia Merosot Ketika Harga Minyak Meningkat

    Bursa Malaysia Kembali Menghijau, Saham Wajaran Tinggi Jadi Tumpuan

    Bursa Malaysia Kembali Menghijau, Saham Wajaran Tinggi Jadi Tumpuan

    FBM KLCI Susut 15 Mata, Saham Bank & Utiliti Tekan Pasaran

    FBM KLCI Susut 15 Mata, Saham Bank & Utiliti Tekan Pasaran

    FBM KLCI Tambah 10 Mata, TNB Pacu Kenaikan

    FBM KLCI Tambah 10 Mata, TNB Pacu Kenaikan

    Bursa Malaysia Susut Tengah Hari, Kaunter Bank Jadi Bebanan

    Bursa Malaysia Susut Tengah Hari, Kaunter Bank Jadi Bebanan

    FBM KLCI Bertahan Atas 1,670, Tekanan Jualan Masih Ketara

    FBM KLCI Bertahan Atas 1,670, Tekanan Jualan Masih Ketara

    Bursa Malaysia Kekal Lemah, KLCI Susut 1.14 Mata

    Bursa Malaysia Kekal Lemah, KLCI Susut 1.14 Mata

    600,000 Penumpang China Pilih Malaysia AirlinesĀ 

    600,000 Penumpang China Pilih Malaysia AirlinesĀ 

    Ringkasan Pagi: Yen Hampir 160! Risiko Intervensi Kembali

    Ringkasan Pagi: Yen Hampir 160! Risiko Intervensi Kembali

    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR
No Result
View All Result
INTRADAY.my
No Result
View All Result
Home Matawang

Ringgit Dibuka Tinggi Menjelang FOMC

Team INTRADAY by Team INTRADAY
15 September 2026
in Matawang
0
Ringgit Dibuka Tinggi Menjelang FOMC
135
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare to Whatsapp

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pada Selasa dalam dagangan berhati-hati menjelang mesyuarat dasar Rizab Persekutuan AS (Fed) dan Bank of Japan (BOJ) yang menjadi tumpuan pasaran minggu ini.

Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.0705/4.0775 berbanding dolar AS, daripada 4.0735/4.0770 pada penutupan Isnin.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Afzanizam Rashid berkata, pasaran kini memberi tumpuan kepada keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) serta mesyuarat dasar BOJ.

Menurutnya, pergerakan pasaran bon menunjukkan pelabur kini menjangkakan Fed akan menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.

Hasil bil Perbendaharaan AS tiga dan enam bulan masing-masing meningkat kepada 3.97% dan 4.06%, berbanding 3.80% dan 3.89% pada lelongan sebelumnya.

Pada masa sama, harga minyak Brent berada sekitar US$105.68 setong, manakala saluran paip East-West Arab Saudi dijangka mengambil masa beberapa minggu untuk kembali beroperasi.

Kekurangan bekalan minyak berpotensi mengekalkan tekanan terhadap harga minyak global, sekali gus menjadikan dagangan ringgit lebih berhati-hati.

Asas Ekonomi Malaysia Masih Kukuh

Dari sudut domestik, ekonomi Malaysia terus menunjukkan momentum yang baik.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 6.0% pada suku kedua 2026, meningkat daripada 5.4% pada suku pertama.Ā 

Bagi separuh pertama tahun ini, ekonomi berkembang 5.7%, disokong antara lain oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan.

BNM menjangkakan pertumbuhan ekonomi sekitar 5% bagi 2026, manakala beberapa institusi termasuk UOB turut melihat pertumbuhan tahun ini sekitar paras tersebut susulan prestasi kukuh pada separuh pertama.

Namun, harga minyak yang tinggi dan ketegangan geopolitik kekal sebagai risiko kepada kos dan pertumbuhan pada separuh kedua tahun ini.

OPR Kekal 2.75%, Jangkaan Kenaikan Mula Muncul

Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75% pada mesyuarat 3 September, dan mesyuarat dasar monetari seterusnya dijadualkan pada 5 November 2026.

Walaupun sebahagian penganalisis masih menjangkakan OPR kekal pada 2.75%, terdapat juga pandangan bahawa kadar boleh dinaikkan jika pertumbuhan kekal kukuh dan tekanan inflasi meningkat.

UOB, misalnya, menjangkakan BNM menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.00% pada November, manakala MARC melihat OPR kekal buat masa ini tetapi tidak menolak kemungkinan normalisasi kadar sekiranya pertumbuhan dan tekanan harga terus meningkat.Ā 

Inflasi Masih Terkawal, Tetapi Harga Minyak Jadi Risiko

Inflasi Malaysia berada pada 1.8% pada Julai 2026, sedikit rendah berbanding 1.9% pada Jun. Bagi tempoh Januari hingga Julai, inflasi juga mencatat 1.8%.Ā 

Bagaimanapun, BNM menjangkakan inflasi boleh kekal tinggi susulan kesan tertunda daripada peningkatan kos tenaga. Ini menjadi lebih penting dengan harga Brent kini melebihi US$100 setong.Ā 

Jika tekanan harga semakin ketara, ruang untuk BNM mengekalkan dasar yang longgar boleh menjadi lebih terhad.

Aliran Masuk Bon Terus Beri Sokongan

Pasaran bon Malaysia turut menunjukkan minat pelabur asing yang positif.

Aliran masuk asing ke dalam bon kerajaan Malaysia berjumlah RM11.1 bilion pada Ogos, termasuk RM5.6 bilion pada minggu terakhir bulan berkenaan. Pelabur asing menjadi pembeli bersih MGS dan GII dalam tempoh tersebut.Ā 

Data terkini BNM pula menunjukkan hasil MGS 10 tahun pada 4.14% setakat 14 September, manakala OPR kekal pada 2.75%.Ā 

Aliran masuk ke pasaran bon ini menjadi salah satu faktor domestik yang membantu menyokong aset ringgit ketika pasaran global menantikan hala tuju kadar faedah AS.

Ringgit Didagangkan Bercampur

Pada pembukaan, ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.7006/4.7087 daripada 4.7008/4.7049.

Namun, ringgit susut berbanding yen kepada 2.6362/2.6409 daripada 2.6355/2.6380 dan sedikit rendah berbanding paun British kepada 5.4952/5.5046 daripada 5.4931/5.4978.

Berbanding mata wang ASEAN, ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura, rupiah Indonesia dan peso Filipina, tetapi melemah berbanding baht Thailand.

Secara keseluruhan, ringgit masih disokong oleh asas ekonomi domestik yang kukuh, aliran masuk bon dan kemungkinan perbezaan kadar faedah Malaysia-AS yang semakin mengecil.Ā 

Namun, hala tuju Fed, harga minyak dan sentimen risiko global dijangka terus menentukan pergerakan ringgit dalam tempoh terdekat. – Bernama

HUSTLE24HOUR kini dibuka!

Mulakan perjalanan anda untuk memahami fundamental, sentimen pasaran dan teknik Moshed Magic Line bersama Tuan Moshed serta komuniti HUSTLE24HOUR.

šŸ‘‰ Daftar sekarang di HUSTLE24HOUR.COMĀ Ā 

HUSTLE24HOUR ialah program pendidikan dan bukan khidmat nasihat kewangan atau jaminan keuntungan. Perdagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang tinggi.

Tags: bojdollarfedKewanganMalaysiamatawangRinggitUSD
ShareTweetSend

Related Posts

Ringgit Dibuka Sedikit Rendah, Sentimen Pasaran Global BercampurĀ 

Ringgit Dibuka Sedikit Rendah, Sentimen Pasaran Global BercampurĀ 

by Team INTRADAY
7 October 2026
0

Ringgit dibuka sedikit rendah berbanding dolar AS pada Rabu, dengan mata wang tempatan kekal dalam julat dagangan sempit ketika pelabur...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi, USD Masih ‘King’

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi, USD Masih ‘King’

by Team INTRADAY
6 October 2026
0

Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar AS pada Selasa, walaupun mata wang Amerika Syarikat (AS) kekal disokong jangkaan kadar faedah...

Ringgit Mengukuh, Tumpuan Beralih Kepada Keputusan FedĀ 

Ringgit Mengukuh, Tumpuan Beralih Kepada Keputusan FedĀ 

by Team INTRADAY
6 October 2026
0

Ringgit Malaysia dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin apabila data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah daripada...

Fed Di Bawah Tekanan: Kadar Faedah Akan Dikurangkan Lebih Besar?

Data NFP Tersasar Jauh! Adakah The Fed Bakal Tekan ‘Brek’?

by Team INTRADAY
2 October 2026
0

Pasaran pekerjaan Amerika Syarikat (A.S.) merekodkan kelembapan ketara pada bulan September selepas data Senarai Gaji Bukan Pertanian (Non-Farm Payrolls -...

  • Trending
  • Comments
  • Latest
Ramalan Harga Emas XAU/USD: Ucapan Fed Jadi Penentu Gold Malam Ini

Ramalan Harga Emas XAU/USD: Ucapan Fed Jadi Penentu Gold Malam Ini

6 October 2026
Selat Hormuz Lumpuh, Jepun Pertimbang Guna Simpanan Minyak Kecemasan!

Sekatan A.S. ‘Sekat’ 50 Kapal Tangki Iran: Kilang China Terdesak Borong Minyak Iraq!

6 October 2026
Adakah Ekonomi Global Sedang Berada Dalam Fasa Kemelesetan? – Ini Pandangan IMF!

Pertumbuhan Jatuh! IMF Dedah Bahaya Eksport China & Krisis Demografi CEE

6 October 2026
Forecast XAU/USD: Minit FOMC Mampu Uji Volatiliti Emas?

Forecast XAU/USD: Minit FOMC Mampu Uji Volatiliti Emas?

0
Saham Asia Merosot Ketika Harga Minyak Meningkat

Saham Asia Merosot Ketika Harga Minyak Meningkat

0
Ramalan BTC & XRP: Data Ekonomi AS Bakal Uji Sokongan Utama!

Ramalan BTC & XRP: Data Ekonomi AS Bakal Uji Sokongan Utama!

0
Forecast XAU/USD: Minit FOMC Mampu Uji Volatiliti Emas?

Forecast XAU/USD: Minit FOMC Mampu Uji Volatiliti Emas?

7 October 2026
Saham Asia Merosot Ketika Harga Minyak Meningkat

Saham Asia Merosot Ketika Harga Minyak Meningkat

7 October 2026
Ramalan BTC & XRP: Data Ekonomi AS Bakal Uji Sokongan Utama!

Ramalan BTC & XRP: Data Ekonomi AS Bakal Uji Sokongan Utama!

7 October 2026
INTRADAY.my

2026 © INTRADAY.my ⚔ Sejak Julai 2013.

Media Pasaran Kewangan No. 1 di Malaysia

  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Pasaran
    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR

2026 © INTRADAY.my ⚔ Sejak Julai 2013.