Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Ringgit dibuka sedikit rendah berbanding dolar AS, meskipun penurunan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) memberi kesan kepada mata wang itu ketika pasaran menilai dasar monetari Federal Reserve (Fed) yang lebih fleksibel.
Pada jam 10:32 pagi, ringgit dibuka pada 4.0470 iaitu menyusut 0.02% berbanding dolar AS sejak dibuka pada awal dagangan Khamis di sesi Asia.
Pengarah Strategi Pelaburan dan Ahli Ekonomi Negara IPPFA, Mohd Sedek Jantan menjelaskan bahawa pengukuhan ringgit mencerminkan nada dolar yang lebih lemah memandangkan hasil perbendaharaan AS mencatatkan penurunan sedikit.
Beliau turut menyatakan bahawa kejatuhan dolar AS daripada paras tertinggi baru-baru ini terutamanya berbanding yen menunjukkan pasaran sedang mengurangkan pegangan dolar bersifat defensif, bukannya beralih sepenuhnya kepada mod penghindaran risiko.
Pada pembukaan, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang lain.
Ia meningkat berbanding pound British kepada 5.4361/5.4495 daripada 5.4446/5.4526, melonjak berbanding euro kepada 4.7104/4.7220 daripada 4.7146/2.5593, namun susut berbanding yen Jepun kepada 2.5527/2.5593 daripada 2.5488/2.5526 semalam.
Ringgit turut diniagakan lebih kukuh berbanding mata wang ASEAN.
Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1410/3.1493 daripada 3.1432/3.1481 dan menokok berbanding baht Thailand kepada 12.8437/12.8841 daripada 12.8714/12.8958.
Ia juga naik sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 239.8/240.5 daripada 239.9/240.3 dan kekal tidak berubah berbanding peso Filipina pada 6.80/6.82 daripada 6.81/6.82 sebelumnya. – BERNAMA



























































