Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Mata wang ringgit dibuka sedikit rendah berbanding dolar AS pada hari dagangan pertama tahun ini, berikutan jangkaan pemotongan kadar faedah seterusnya oleh Federal Reserve (Fed) pada tahun 2026.
Pada jam 10:38 pagi, ringgit dibuka pada 4.0550 iaitu menyusut 0.7% berbanding dolar AS sejak dibuka awal dagangan Jumaat di sesi Asia.
Pasaran ditutup semalam sempena cuti Tahun Baharu 2026.
Menurut laporan, Fed dijangka melaksanakan pemotongan kadar faedah seterusnya tahun ini ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump secara terbuka memberi tekanan supaya kepimpinan bank pusat lebih cenderung kepada dasar kadar rendah lebih berprinsip.
Pengarah Strategi Pelaburan dan Ahli Ekonomi Negara IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan menjelaskan bahawa ringgit lebih kukuh berbanding mata wang serantau, disokong oleh Indeks Dolar Asia Bloomberg dibuka lebih tinggi apabila kekuatan mata wang Asia yang meluas muncul semula.
Beliau turut menyatakan bahawa Indeks Dolar AS (DXY) pada 2025 menurun sekitar 9.6%, sekali gus mencerminkan pelonggaran berterusan dalam pengecualian dolar AS.
Pada pembukaan, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding mata wang utama.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5864/5933 daripada 2.5907/5934, namun sedikit susut berbanding pound British kepada 5.4624/4765 daripada 5.4531/4585 dan merosot berbanding euro kepada 4.7653/7758 daripada 4.7617/7664 sebelum ini.
Bagaimanapun, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1541/1628 daripada 3.1550/1584 dan melonjak berbanding baht Thailand kepada 12.8291/8742 daripada 12.8560/8756.
Ia juga menambah berbanding rupiah Indonesia pada 242.9/243.6 daripada 243.2/243.6 dan hampir mendatar berbanding peso Filipina pada 6.88/6.91 daripada 6.88/6.90. – Bernama

























































