Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Mata wang ringgit dibuka sedikit rendah berbanding dolar AS hari ini ekoran sentimen pasaran global yang semakin pulih serta peningkatan selera risiko dalam kalangan pelabur.
Pada jam 9:24 pagi, ringgit dibuka pada 3.8920 iaitu menyusut 0.10% berbanding dolar AS sejak sesi dagangan Asia dibuka pada awal pagi Selasa.
Ketua Ahli Ekonomi Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menjelaskan bahawa peningkatan ringgit dan mata wang asing di rantau ASEAN disokong oleh keputusan Mahkamah Agung yang membatalkan dasar tarif Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Beliau turut menyatakan bahawa keputusan itu dibuat selepas mahkamah menganggap Trump telah melampaui had kuasa pemerintahannya.
Menurut Mohd Afzanizam, keputusan tersebut memberi gambaran bahawa prinsip pemisahan kuasa di AS masih terpelihara dan berfungsi dengan baik.
Pada pembukaan, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5076/5220 daripada 2.5120/5147, melonjak berbanding pound British kepada 5.2347/2644 daripada 5.2526/2580 dan menaik berbanding euro kepada 4.5745/6004 daripada 4.5888/5935 sebelum ini.
Sementara itu, ringgit turut diniagakan lebih kukuh berbanding mata wang ASEAN.
Ia menambah berbanding dolar Singapura kepada 3.0633/0809 daripada 3.0727/0761 dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 6.73/6.78 daripada 6.75/6.76.
Ia juga menokok berbanding baht Thailand kepada 12.5177/5969 daripada 12.5342/5532 dan melantun semula berbanding rupiah Indonesia kepada 230.8/232.2 daripada 231.4/231.7 sebelumnya. – BERNAMA


























































