Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Kerajaan Rusia telah menguatkuasa sekatan sepenuhnya ke atas WhatsApp di seluruh negara.
Langkah tersebut bertujuan mendorong lebih 100 juta pengguna WhatsApp menggunakan aplikasi beralih pengawasan milik kerajaan Rusia.
Situasi ini berlaku selepas pengawal selia Rusia menyekat akses ke atas Telegram selepas platform mesej terbabit didapati kekurangan ciri-ciri keselamatan.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh WhatsApp, mereka menyifatkan tindakan itu sebagai satu langkah yang berisiko mengurangkan tahap kawalan keselamatan terhadap orang awam di Rusia.
Pengawal Selia Komunikasi Rusia, Roskomnadzor berulang kali mengeluarkan amaran keras kepada WhatsApp supaya mematuhi undang-undang tempatan.
Sebelum ini, syarikat milik kerajaan Tass Media melaporkan bahawa WhatsApp dijangka disekat secara kekal di negara berkenaan pada tahun 2026.
Andrei Svintsov, seorang pegawai Rusia menyatakan bahawa langkah sedemikian adalah benar-benar wajar memandangkan Rusia telah menetapkan Meta sebagai sebuah organisasi ekstremis.
Sejak penguatkuasaan larangan itu pada 2022, aplikasi Meta seperti Instagram dan Facebook telah disekat di Rusia dan hanya boleh diakses melalui rangkaian peribadi maya.
Moscow telah berusaha keras untuk mendorong rakyat Rusia menggunakan platform komunikasi yang dibangunkan oleh kerajaan yang dipanggil ‘Max’.
Bagaimanapun, aplikasi itu disamakan dengan WeChat milik China kerana digelar sebagai ‘aplikasi super’ yang menggabungkan pesanan dan perkhidmatan kerajaan tanpa sebarang kesulitan.


























































