Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Niaga hadapan saham Amerika Syarikat (AS) mencatatkan peningkatan positif pada awal minggu ini apabila pelabur kini bersiap sedia menantikan penerbitan laporan pendapatan korporat dan data ekonomi utama yang bakal menentukan jangkaan dasar Federal Reserve (Fed).
Dari segi prestasi pasaran, indeks Dow Jones meningkat 0.47% kepada 237.96 mata, S&P 500 melonjak 0.65% kepada 44.82 mata dan Nasdaq Composite mengukuh 0.81% kepada 191.33 mata.
Dalam pada itu, bank-bank utama AS termasuk JPMorgan Chase, Bank of America, Wells Fargo, Citigroup, Morgan Stanley dan Goldman Sachs dijadualkan melaporkan prestasi kewangan masing-masing minggu ini.
Laporan tersebut disifatkan penting bagi memberikan gambaran mengenai aktiviti pinjaman, pemprosesan urus niaga (deal-making) dan perdagangan.
Syarikat-syarikat besar lain yang turut dijadualkan mengeluarkan pendapatan termasuk Bank of New York Mellon, Delta Air Lines, BlackRock dan PNC Financial.
Sementara itu, pasaran juga akan memberi tumpuan kepada laporan inflasi pada Selasa dengan sebarang kejutan kenaikan berpotensi merumitkan trajektori pemotongan kadar faedah Fed.

























































