Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Niaga hadapan saham Amerika Syarikat (AS) mencatatkan kemerosotan secara mendadak pada awal minggu ini selepas Presiden AS, Donald Trump mengancam untuk mengenakan tarif dagangan ke atas lapan negara Eropah.
Langkah drastik itu diambil oleh Trump bagi mengambil alih Greenland daripada Kesatuan Eropah (EU).
Tarif dagangan sebanyak 10% itu akan dilaksanakan ke atas barangan dari Jerman, United Kingdom (UK), Denmark, Norway, Sweden, Perancis, Belanda dan Finland berkuat kuasa 1 Februari depan.
Walau bagaimanapun, kadar tersebut akan meningkat kepada 25% pada bulan Jun sekiranya tiada persetujuan dicapai antara AS-EU berhubung isu Greenland.
Dari segi prestasi pasaran, indeks Dow Jones merosot 0.17% kepada 83.11 mata, S&P 500 menjunam 4.46% kepada 4.46 mata dan Nasdaq Composite menyusut 0.06% kepada 14.63 mata.
Sementara itu, para pemimpin Eropah kini sedang mempertimbangkan untuk menghentikan kelulusan perjanjian perdagangan yang dimeterai tahun lalu.
Presiden Perancis, Emmanuel Macron dilaporkan mungkin akan mengaktifkan instrumen anti-paksaan EU sebagai tindak balas.
Dalam pada itu, tumpuan pelabur minggu ini juga akan terarah kepada laporan pendapatan syarikat gergasi seperti Netflix, Intel dan Visa bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai hala tuju ekonomi.





















































![[Trivia] Apa Mata Wang Kripto Pertama Wujud Sebelum Bitcoin?](http://intraday.my/wp-content/uploads/2023/02/crypto_1672800010904_1674751796201_1674751796201.webp)




