Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 untuk setiap warganegara berumur 18 tahun ke atas akan dikreditkan pada 9 Februari ini.
Bantuan itu menyasarkan 22 juta penerima dan diarahkan khusus untuk membantu persiapan menyambut Ramadan dan Tahun Baru Cina.
Anwar turut memaklumkan, bagi golongan miskin tegar, sumbangan SARA akan dikredit lebih awal pada 9 Januari.
Manakala, fasa pertama program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan nilai sehingga RM500 akan dikreditkan pada 20 Januari.
Langkah ini jelas menunjukkan tumpuan kerajaan kepada kelompok berpendapatan rendah, namun ia juga menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan bantuan bersasar apabila jumlah penerima terlalu besar dan tempoh pemberian bantuan dipisah-pisahkan.



























































