Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Beribu-ribu penunjuk perasaan meneruskan gerakan protes menentang kerajaan Iran dalam tempoh lebih tiga tahun, meskipun berdepan tindakan keras termasuk sekatan internet selama lebih 72 jam di seluruh negara.
Ketegangan dalam kalangan rakyat semakin memuncak selepas golongan anti-kerajaan dilihat memenuhi jalan di sekitar ibu negara Iran, Tehran semalam.
Punca utama protes berterusan itu adalah disebabkan oleh kemerosotan taraf hidup dan ekonomi negara tersebut.
Rusuhan itu tercetus beberapa hari selepas mata wang Iran, rial merosot ke paras terendah.
Kajatuhan nilai mata wang itu sekali gus mencetuskan kenaikan harga makanan dan kadar inflasi yang mencecah lebih 40%, selain kesan daripada siri sekatan antarabangsa.
Menerusi video yang disahkan AFP, orang ramai sekali lagi berkumpul di utara Tehran semalam menyalakan bunga api dan mengetuk periuk sambil melaungkan slogan menyokong monarki yang telah digulingkan.
Protes selama dua minggu itu menjadi cabaran terbesar kepada pihak berkuasa Iran walaupun Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei secara terbuka menuding jari kepada Amerika Syarikat (AS).
Presiden Donald Trump semalam memaklumkan bahwa mereka bersedia untuk membantu gerakan itu selepas memberi amaran Iran sedang berdepan ‘masalah besar.’
Trump turut menyatakan bahawa beliau berupaya mengarahkan tindakan ketenteraan baharu selepas Washington menyokong dan menyertai perang 12 hari Israel menentang Iran sejak Jun tahun lalu.
Kumpulan hak asasi manusia di AS, HRANA mengesahkan bahawa pergolakan yang berlaku di Iran telah mengakibatkan lebih 500 nyawa terkorban, melibatkan 490 penunjuk perasaan dan 48 anggota keselamatan setakat ini.
Berdasarkan angka terbaharu daripada aktivis di dalam dan luar Iran, lebih 10,600 orang telah ditahan dalam tempoh dua minggu pergolakan.

























































