Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen memberi amaran bahawa sebarang usaha Amerika Syarikat (AS) untuk mengambil alih Greenland akan mengakibatkan berakhirnya pakatan ketenteraan NATO.
Amaran tersebut disuarakan susulan kenyataan terbaharu daripada Presiden Donald Trump yang mengulangi hasratnya agar pulau strategik itu diletakkan di bawah pentadbiran Washington.
Trump memaklumkan kepada pihak media pada Ahad lalu bahawa beliau akan membincangkan isu Greenland dalam tempoh 20 hari, selain wilayah itu harus berada di bawah bidang kuasa AS.
Isu ini semakin meruncing apabila Trump tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan kekerasan tentera bagi merealisasikan matlmat tersebut.
Kedudukan geografi yang strategik di antara Eropah dan Amerika Utara menjadikannya lokasi utama bagi membangunkan sistem pertahanan peluru berpandu balistik AS.
Selain faktor keselamatan, kekayaan mineral turut menarik daya tarikan utama bagi AS dalam usaha mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada eksport China.
Denmark dan Greenland yang statusnya sebagai wilayah separa autonomi di bawah kerajaan Denmark, kini berdepan tekanan besar daripada AS.
Ketegangan ini bukan sahaja mencabar kedaulatan wilayah, malah menggugat solidariti NATO yang selama ini menjadi teras benteng keselamatan Barat.
Tindakan Washington yang bertujuan mengukuhkan pengaruh di Artik sebenarnya berisiko melemahkan aliansi ketenteraan tersebut.
Sekiranya AS terus mengabaikan sensitiviti sekutu, NATO bukan sahaja berisiko kehilangan Greenland tetapi juga kepercayaan daripada negara-negara anggota lain.




























































