Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Majlis Persekutuan Switzerland telah menolak dua permintaan lintasan udara daripada pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu lalu susulan konflik geopolitik di Iran.
Dua penerbangan yang dijadualkan berlepas semalam telah ditolak berdasarkan undang-undang berkecuali Switzerland yang melarang penggunaan ruang udaranya bagi aktiviti ketenteraan di Timur Tengah.
Bagaimanapun, Switzerland meluluskan tiga permohonan lain yang melibatkan satu penerbangan penyelenggaraan pada 17 Mac serta dua penerbangan pesawat pengangkutan pada 15 Mac.
Majlis Persekutuan menjelaskan bahawa sebarang permohonan pada masa hadapan akan diluluskan sekiranya ia melibatkan tujuan kemanusian atau perubatan yang tiada mempunyai kaitan dengan operasi ketenteraan.
Ketegangan di Asia Barat semakin memuncak sejak AS dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada 28 Februari lalu.
Setakat ini, seramai 1,300 rakyat Iran termasuk Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dilaporkan terkorban dalam serangan berkenaan.
Tindakan Switzerland ini dilihat sebagai langkah sistematik yang bijak dalam membendung ancaman berterusan AS ke atas Iran.

























































