Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terus memberi tekanan ke atas pertumbuhan dan inflasi zon Eropah, namun kesannya mungkin dapat diimbangi melalui dasar monetari yang lebih longgar, menurut satu kajian oleh ahli ekonomi Bank Pusat Eropah.
Kajian itu mendapati bahawa kejatuhan permintaan akibat tarif perdagangan lebih besar berbanding sebarang kesan peningkatan inflasi daripada gangguan bekalan, sekali gus mencetuskan tekanan menurun ke atas paras harga pengguna di zon Eropah.
Menurut analisis tersebut, kejutan perdagangan yang mengurangkan eksport zon Eropah ke Amerika Syarikat sebanyak 1% boleh menurunkan paras harga pengguna sekitar 0.1% dalam tempoh satu setengah tahun secara tidak langsung menambah cabaran kepada ECB ketika inflasi kini berada di bawah sasaran.
Data perdagangan menunjukkan eksport zon Eropah ke AS telah merosot ketara sejak beberapa bulan kebelakangan ini, selepas tempoh ketidaktentuan yang didorong oleh pembelian awal bagi mengelak tarif asas 15% ke atas barangan EU.
Akhir sekali, kajian ECB menekankan bahawa sektor yang paling terkesan oleh tarif termasuk jentera, automotif dan bahan kimia yang juga merupakan sektor yang paling sensitif terhadap perubahan kadar faedah. Ini secara tidak langsung membuka ruang kepada pemotongan kadar faedah untuk merangsang semula pengeluaran dan mengurangkan kesan negatif tarif.


























































