Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Syarikat pengeluar kenderaan dari Jepun, Toyota kini merancang untuk menjual saham strategiknya yang bernilai sekitar $19 bilion melibatkan institusi kewangan besar seperti bank dan firma insurans.
Jika langkah ini dilaksanakan, ia bakal menjadi suatu titik perubahan ketara dalam landskap tadbir urus korporat di Jepun.
Jumlah jualan dijangka sekitar ¥3 trilion ($19 bilion), namun angka sebenar boleh meningkat bergantung kepada kesediaan pemegang saham menjual.
Toyota juga menyasarkan jualan ini berlaku seawal tahun ini, tetapi tempoh dan saiz transaksi masih boleh berubah atau dibatalkan.
Toyota memilih untuk tidak memberikan sebarang kenyataan rasmi, menurut sumber Reuters.
Saham Toyota terus mencatat kenaikan, meningkat kira-kira 2% dalam dagangan awal petang, mengatasi prestasi pasaran secara umum.
Pada masa yang sama, Toyota dilaporkan berhasrat membeli balik saham sebelum melupuskannya, namun jualan sekunder kepada pelabur lain juga sedang dipertimbangkan.
Situasi ini menunjukkan pengeluar kereta terbesar dunia itu serius mahu menstruktur semula pegangan sahamnya.
Langkah ini mencerminkan tekanan berterusan daripada pengawal selia dan Bursa Saham Tokyo yang mahu syarikat-syarikat Jepun mengurangkan pegangan silang saham.
Amalan pegangan silang saham yang diamalkan syarikat-syarikat lain sering menjadi sasaran kritikan kerana ia dilihat melemahkan akauntabiliti pihak pengurusan terhadap para pemegang saham.
Walaupun pegangan silang telah lama menjadi norma di Jepun, namun ia disifatkan ketinggalan zaman dan kurang diterima di pasaran Barat.
Toyota sendiri pernah dikritik kerana mempunyai sistem tadbir urus yang lemah dan sering ditekan oleh pelabur untuk memperbaiki kecekapan penggunaan modal.
Sumber berita menyatakan Toyota mahu membuktikan kesungguhan dalam pembaharuan tadbir urus korporat dengan langkah besar berkenaan.
Namun ironinya, ketika Toyota mahu membersihkan pegangan saham strategik. Syarikat pembuatan kereta ini dilihat masih terperangkap dalam kontroversi tender pembelian Toyota Industries, pembuat forklift miliknya.
Pelabur aktivis Elliott menentang tawaran itu atas alasan harga terlalu tinggi dan kurang ketelusan. Bagaimanapun, Tawaran tender terpaksa dilanjutkan sehingga 2 Mac kerana kurang sokongan pemegang saham.

























































