Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Presiden Donald Trump berucap di Forum Ekonomi Dunia di Davos ketika kebimbangan geopolitik memuncak susulan pendiriannya yang semakin agresif terhadap Greenland, wilayah autonomi di bawah Denmark.
Trump enggan menolak penggunaan ketenteraan dan mengancam tarif ke atas sekutu Eropah, mencetuskan kejatuhan pasaran serta kebimbangan mengenai kemungkinan konflik diplomatik dan perdagangan.
Pegawai Amerika Syarikat cuba menenangkan pasaran dengan menegaskan bahawa perjanjian perdagangan dengan Eropah kekal kukuh dan bahawa ancaman Trump adalah sebahagian daripada strategi rundingan.
Waima begitu, penduduk Greenland dan pemimpin Eropah secara terbuka menentang idea pengambilalihan, manakala negara-negara Eropah mula mempertimbangkan langkah balas ekonomi.
Ketegangan ini berlaku ketika NATO berdepan cabaran dalaman, memandangkan Greenland adalah wilayah negara anggota pakatan itu dan AS sendiri mempunyai kehadiran ketenteraan di kawasan berkenaan.
Isu Greenland kini menjadi simbol perubahan pendekatan dasar luar Amerika Syarikat, dengan implikasi yang berpotensi luas terhadap kestabilan geopolitik dan ekonomi global.
Semasa penulisan, Presiden Donald Trump menyatakan di Davos ekonomi Amerika Syarikat kini berada dalam kedudukan jauh lebih kukuh berbanding sebelum ini.
Trump mendakwa inflasi teras berada pada paras rendah manakala pertumbuhan ekonomi meningkat dengan ketara, disokong oleh prestasi kukuh pasaran saham.
Beliau menyatakan bahawa dasar pentadbirannya telah meningkatkan nilai simpanan rakyat serta menarik pelaburan besar-besaran ke dalam negara.
Trump turut menekankan langkah pemotongan peraturan dan perubahan cukai yang bertujuan mempercepatkan pelaburan perniagaan.
Di samping itu, beliau mempertahankan penggunaan tarif sebagai alat untuk mengurangkan defisit perdagangan Amerika Syarikat.


























































