Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, baru-baru ini mengeluarkan amaran tegas kepada mana-mana negara yang membekalkan senjata kepada Iran dan sebarang import daripada negara tersebut akan dikenakan tarif 50 peratus, tanpa pengecualian.
Ancaman ini dibuat hanya beberapa jam selepas Trump bersetuju dengan gencatan senjata sementara selama dua minggu dengan Tehran, menunjukkan ketegasan AS dalam menangani isu ketenteraan Iran.
Trump menegaskan melalui media sosialnya iaitu mana-mana negara yang membekalkan senjata ketenteraan kepada Iran akan serta-merta dikenakan tarif 50% ke atas semua barangan mereka yang dijual ke Amerika Syarikat.
Tiada pengecualian atau kelonggaran.
Walaupun kenyataan itu jelas, Trump tidak menyebut sebarang negara secara spesifik.
Namun, perhatian kini tertumpu kepada China dan Rusia, yang sebelum ini dilaporkan membantu Iran meningkatkan keupayaan ketenteraannya.
Bantuan termasuk peluru berpandu, sistem pertahanan udara, dan teknologi dwiguna yang meningkatkan kekuatan pertahanan negara itu.
Beijing dan Moscow menafikan mereka sedang membekalkan senjata kepada Iran dalam masa terdekat, tetapi dakwaan terhadap Rusia terus menjadi perhatian global.






















































